Isnin, 30 Julai 2012

APLIKASI ONLINE EMATEKS (SPBT)

PERINGATAN!!!!!!

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak

1.Dimaklumkan bahawa pembekalan buku teks ke sekolah-sekolah bagi buku cetakan semula (BCS) kegunaan tahun 2013 telah bermula.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta memasukkan data penerimaan buku tersebut dengan menggunakan aplikasi emateks v.2 dan kemasukan data-data tersebut hendaklah berterusan sehingga pembekalan selesai diterima sepenuhnya.
2.  Aplikasi ini telah di hyperlink(pautan) dalam portal JPN Perak dibahagian aplikasi online KPM  bagi memudahkan Guru SPBT mengakses aplikasi berkenaan.
3.  Sekiranya terdapat sebarang masalah, boleh mendapatkan panduan manual pengguna emateks melalui web BBT – http://www.moe.gov.my/bbt/ atau hubungi pegawai BBT Pn Azlina bt Adnan-0388844347
Kerjasama tuan/puan dipohon tanpa gagal dan diucapkan jutaan terima kasih.
Unit HEM PPD Hulu Perak

PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS)

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak
Hulu Perak.

PELAKSANAAN RINTIS PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS)
SECARA ONLINE DISEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012 FASA 11

Mohon kerjasama pihak tuan untuk muatturun dan mengambil tindakan selanjutnya mengisi maklumat secara online 
PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH M(PKS) melalui sesawang http://apps.moe.gov.my/spks yang akan bermula pada 1 Ogos 2012 dan berakhir pada 31 Ogos 2012.
Tanpa gagal.

Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan.

Unit HEM PPD Hulu Perak