Isnin, 30 Julai 2012

APLIKASI ONLINE EMATEKS (SPBT)

PERINGATAN!!!!!!

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak

1.Dimaklumkan bahawa pembekalan buku teks ke sekolah-sekolah bagi buku cetakan semula (BCS) kegunaan tahun 2013 telah bermula.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta memasukkan data penerimaan buku tersebut dengan menggunakan aplikasi emateks v.2 dan kemasukan data-data tersebut hendaklah berterusan sehingga pembekalan selesai diterima sepenuhnya.
2.  Aplikasi ini telah di hyperlink(pautan) dalam portal JPN Perak dibahagian aplikasi online KPM  bagi memudahkan Guru SPBT mengakses aplikasi berkenaan.
3.  Sekiranya terdapat sebarang masalah, boleh mendapatkan panduan manual pengguna emateks melalui web BBT – http://www.moe.gov.my/bbt/ atau hubungi pegawai BBT Pn Azlina bt Adnan-0388844347
Kerjasama tuan/puan dipohon tanpa gagal dan diucapkan jutaan terima kasih.
Unit HEM PPD Hulu Perak

Tiada ulasan: