Khamis, 18 Oktober 2012

KERACUNAN SIFAR

Pengetua/ Guru Besar
Sekolah-Sekolah
Daerah Hulu Perak
 
Untuk makluman tuan, sehingga September 2012, sebanyak 40 episod keracunan makanan telah dilaporkan di seluruh negeri Perak. Daripada kesemua episod keracunan makanan ini, 17 kejadian melibatkan dapur asrama dan 15 kejadian melibatkan orang awam.  
Sehubungan dengan itu, mohon jasabaik semua sekolah di Daerah Hulu Perak meningkatkan pengurusan Kantin dan dapur asrama ke arah sifar keracunan.

BERINGAT SEBELUM KENA.

Rabu, 26 September 2012

LAPORAN PENERIMAAN BUKU TEKS

Pengetua/Guru Besar/Guru SPBT
Daerah Hulu Perak

LAPORAN PENERIMAAN BUKU TEKS

Mohon kerjasama, meneliti penerimaan buku teks yang sedang dalam proses penghantaran oleh pihak pembekal.
Buku yang di terima disemak, menyamai dalam borang pesanan BTBT 460.
Kalau mencukupi, terima dan laporkan penerimaan melalui sistem emateks yang terdapat dalam portal BBT.
Pihak BBT sedang mengesan sekolah-sekolah yang masih belum menerima bekalan melalui emateks.

Oleh itu tolong ingatkan guru SPBT menguruskan hal ini.
Terima kasih.

Unit HEM
PPD Hulu Perak.

Selasa, 7 Ogos 2012

PROSES PERMOHONAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TINGKATAN 6 RENDAH SECARA ATAS TALIAN “ONLINE” TAHUN 2012

Pengetua 
SMK Tun Saban Pengkalan Hulu
SMK Gerik
SMK Dato Ahmad Lgg
SMK Sultan Idris Shah II Gerik

Tuan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid memanjangkan surat makluman Tarikh Semakan Data SMM murid yang layak memohon BKPU dan Proses Key-In permohonan BKPU Tahun 2012. Sila klik url di bawah untuk mendapatkan surat iringan tersebut.
Sekian, terima kasih
Unit HEM
PPD Hulu Perak

Rabu, 1 Ogos 2012

PEMANTAUAN SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN 2012

PERHATIAN DAN TINDAKAN
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR,
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK.


Merujuk portal JPN Perak bertarikh 31 Julai 2012, UNIT PEMBANGUNAN MANUSIA JPN Perak akan melaksanakan pemantauan ke sekolah-sekolah.  Oleh yang demikian Bersama ini disertakan borang pemantauan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) untuk tindakan awal pihak tuan. Mohon kerjasama semua Penolong Kanan HEM meningkatkan pengurusan HEM di sekolah.
 
Sila muat turun borang DI SINI.


Sekian, terima kasih.
Unit Hal Ehwal Murid,
PPD Hulu Perak

Isnin, 30 Julai 2012

APLIKASI ONLINE EMATEKS (SPBT)

PERINGATAN!!!!!!

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak

1.Dimaklumkan bahawa pembekalan buku teks ke sekolah-sekolah bagi buku cetakan semula (BCS) kegunaan tahun 2013 telah bermula.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta memasukkan data penerimaan buku tersebut dengan menggunakan aplikasi emateks v.2 dan kemasukan data-data tersebut hendaklah berterusan sehingga pembekalan selesai diterima sepenuhnya.
2.  Aplikasi ini telah di hyperlink(pautan) dalam portal JPN Perak dibahagian aplikasi online KPM  bagi memudahkan Guru SPBT mengakses aplikasi berkenaan.
3.  Sekiranya terdapat sebarang masalah, boleh mendapatkan panduan manual pengguna emateks melalui web BBT – http://www.moe.gov.my/bbt/ atau hubungi pegawai BBT Pn Azlina bt Adnan-0388844347
Kerjasama tuan/puan dipohon tanpa gagal dan diucapkan jutaan terima kasih.
Unit HEM PPD Hulu Perak

PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS)

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak
Hulu Perak.

PELAKSANAAN RINTIS PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS)
SECARA ONLINE DISEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012 FASA 11

Mohon kerjasama pihak tuan untuk muatturun dan mengambil tindakan selanjutnya mengisi maklumat secara online 
PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH M(PKS) melalui sesawang http://apps.moe.gov.my/spks yang akan bermula pada 1 Ogos 2012 dan berakhir pada 31 Ogos 2012.
Tanpa gagal.

Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan.

Unit HEM PPD Hulu Perak

Isnin, 23 Julai 2012

PENGURUSAN BERAT BADAN MURID SEKOLAH (BMI) DAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN SIHAT DI KANTIN SEKOLAH

UNTUK PERHATIAN
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Tuan,
SURAT SIARAN KPM BILANGAN 23 TAHUN 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid memanjangkan Surat Siaran Kpm Bilangan 23 Tahun 2012  Pengurusan Berat Badan Murid Sekolah (Bmi) Dan Penjualan Makanan Dan Minuman Sihat Di Kantin Sekolah Secara Atas Talian untuk tindakan tuan. Bagi mendapatkan keterangan lanjut, sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Sekian, terima kasih.
Unit HEM
PPD Hulu Perak

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan / SJK (C) / SJK (T)
Tuan,
Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk dan surat J.Pel.Pk.HEM(5128)/10/17/(28) bertarikh 28 Jun 2012 adalah berkaitan.
2.         Dimaklumkan, hasil pemantauan sebelum ini oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak di sekolah yang terlibat dengan kes keracunan Program Susu 1 Malaysia dikesan mengandungi Bacillus Cereus Produce Emetic Toxin.
3.         Sehubungan itu, setelah disemak semula bersama pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pelaksanaan Program Susu 1Malaysia Bil. 3/2012 pada 7 Jun 2012 mendapati pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju supaya tindakan berkaitan kes keracunan tersebut akan diambil berdasarkan lokaliti kes keracunan yang berlaku. Berdasarkan keputusan tersebut, hanya batch susu yang terlibat dalam symptom klinikal di sekolah berkenaan sahaja perlu diganti dengan batch susu yang lain tanpa menjejaskan pembekalan susu kepada murid di sekolah lain. (Rujuk surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Rujukan: KP(BPSH-SPKIA)701/015(31) Jld.5, bertarikh 29 Februari 2012). (KLIK DI SINI

https://www.box.com/s/8495bad0017008dd8d1b

 Kerjasama daripada pihak tuan untuk mengambil maklum perkara ini dan keperihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.    
Sekian dimaklumkan.

PENANGGUHAN PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI BULAN RAMADHAN

UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN
Semua Guru Besar
SK/SJKC/SJKT/Daerah Hulu Perak
Tuan,

Sukacita merujuk perkara di atas. Sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelia Kebajikan Unit Hal Ehwal Murid JPN Perak ditalian 05-5015142.
Rujuk surat siaran KPM : KP(BKEW/BT)1910/RMT/A5/Jld.12(48) bertarikh 19 Jun 2012.
sekian,terima kasih.
Yang menurut perintah,
Penyelia Kanan
Unit Hal Ehwal Murid
PPD Hulu  Perak.

Khamis, 12 Julai 2012

BUKA SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI SESI 2013-2014


PENGETUA/GURUBESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak

Merujuk surat edaran Jabatan Pelajaran Perak (J.Pel.Pk.(HEM)5128/10/107(17) bertarikh 10 Julai 2012. 
Adalah diingatkan bagi mana-mana sekolah yang akan tamat  Sebut Harga Kantin hendaklah segera mengambil tindakan untuk membuka sebut harga. Sila ikut prosedur seperti yang terdapat dalam BUKU PANDUAN PENGURUSAN KANTIN.

Pengusaha baru akan mula beroperasi pada 1 Disember. 
Sila hantar Laporan Pemilihan Sebut Harga Kantin(Lampiran 2) ke Unit Kesihatan JPN dan Unit HEM PPD Hulu Perak.

Contoh Sebut Harga klik sini.
https://www.box.com/s/07f51ccd2ec2af4a899d

Terima kasih.


Unit HEM
PPD Hulu Perak.

Selasa, 10 Julai 2012

PENGHANTARAN BORANG KENDIRI KANTIN DAN DAPUR ASRAMA KEPADA PIHAK KESIHATAN DAERAH HULU PERAK

PERHATIAN DAN TINDAKAN

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak.

Dukacita dimaklumkan bahawa penglibatan pihak sekolah untuk Program Kendiri Kantin Dan Dapur Asrama amat tidak menggalakkan. Taklimat refresher kendiri telah pun diadakan pada 23 & 24 April yang lalu di mana pihak guru dan pihak pengusaha kantin / dapur asrama sekolah telah hadir dan memahami tanggungjawab masing-masing dalam program ini.   

Oleh yang demikian, mohon jasa baik pihak sekolah untuk menghantar rutin bulanan borang kendiri kantin dan dapur asrama kepada pihak Kesihatan Daerah Hulu Perak seperti yang telah dimaklumkan dalam taklimat tersebut di atas.

Berikut dilampirkan ringkasan laporan pelaksanaan program kendiri bagi kantin dan dapur asrama sekolah bagi Daerah Hulu Perak mengikut data yang dikeluarkan oleh pihak kesihatan Daerah Hulu Perak.  

Terima kasih
Unit HEM
PPD Hulu Perak.
BULAN
BIL SEKOLAH TERLIBAT
BIL SEK. MENGHANTAR LAPORAN KENDIRI
%
KANTIN
DAPUR ASRAMA
KANTIN
DAPUR ASRAMA
KANTIN
DAPUR ASRAMA
JAN
69
14
32
4
46.4
28.6
FEB
69
14
35
5
50.7
35.7
MAC
69
14
34
4
49.3
28.6
APR
70
14
33
4
47.1
28.6
MEI
70
14
8
2
11.4
14.3

Selasa, 12 Jun 2012

KUTIPAN DATA SISTEM MAKLUMAT MURID FASA 2

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak

Di maklumkan kutipan data Sistem Maklumat Murid Fasa 2 akan berakhir pada 30 Jun 2012.

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama pihak sekolah mengemaskini data SMM dan emelkan ke smmppdhuluperak@yahoo.com.my sebelum 5 Julai 2012 tanpa gagal.



Sekian terima kasih.


 Unit HEM PPD Hulu Perak

PEMANTAUAN PEMBEKALAN BUKU TEKS (SPBT) BUKU CETAKAN SEMULA DAN BUKU TERBITAN BARU KEGUNAAN TAHUN 2013

PENGETUA/GURUBESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak 


Perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan surat berkenaan untuk makluman dan mohon tindakan yang sewajarnya berkaitan perkara tersebut.  Surat siaran daripada buku teks juga boleh di dapati melalui laman wab Jabatan Pelajaran Perak http://www.pelajaranperak.gov.my  dan URL yang disertakan ini.  https://www.box.com/s/7f6b4ab0634523180b8f

3.  Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Unit HEM PPD Hulu Perak.