Rabu, 18 April 2012

LANGKAH BERJAGA-JAGA TERHADAP PENINGKATAN KEJADIAN PENYAKIT HAND FOOD AND MOUTH HFMD DI NEGERI PERAK

PENGETUA GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak.

Dengan hormatnya saya merujuk surat Jabatan Kesihatan Negeri Perak Bil (33) dlm JKN.PK (CDC) 154/2/2 bertarikh 3 Mac 2012.
Sehubungan dengan itu mohon tuan/puan memuat turun surat tersebut melalui PORTAL PPD Hulu Perak dan mengambil langkah-langkah seperti yang telah disarankan.

Sekian terima kasih.
Ahmad Fauzi bin Abidin
Penyelia HEM

Selasa, 17 April 2012

PELAKSANAAN STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) 1:3:7

PENGETUA/GURUBESAR
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak

Dengan hormatnya saya merujuk SURAT PEKELILING IKHTISAS 7 TAHUN 2011 Pelaksanaan Standard Operating Prosedure (SOP) 1:3:7 pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin murid : SPI:KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.4(10) bertarikh 28 Jun 2011.

Sehubungan dengan itu, mohon setiap sekolah mematuhi tahap kesegeraan menyampaikan maklumat dan laporan berkaitan isu pendidikan khususnya yang berkaitan dengan disiplin murid kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menggunakan borang PK04-3.

Kes yang memerlukan kesegeraan :

* Kes berunsur jenayah
* Kelucahan melampau
* Keracunan makanan
* Kemalangan serius
* Bencana
* Buli
* Pergaduhan
* Isu perkauman
* Pendemik(contohnya HINI)
* Histeria
* Atau isu-isu lain yang pada pandangan Pengetua/Guru Besar perlu laporan segera. Laporan PK 04-3 boleh di emel ke hemhuluperak@gmail.com
Maklumat lanjut sila rujuk pekeliling tersebut di atas.

Sekian terima kasih.
Unit HEM.

KEMASKINI DATA SSDM ONLINE SECARA MINGGUAN



PENGETUA/GURUBESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak.

Taklimat SSDM Online telah di jalankan pada 26,27 dan 28 Mac 2012 mengikut zon di daerah Hulu Perak.
Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan/puan untuk mengingatkan Guru Disiplin supaya mengisi data seminggu sekali dan membuat analisa serta tindakan sewajarnya setiap bulan berdasarkan data SSDM - Rujukan Surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KP(BPSH-SPKD)602/09(51) bertarikh 8 Mac 2012.
Sekian terima kasih.

Ahmad Fauzi Bin Abidin
Penyelia HEM

Jumaat, 6 April 2012

TAKLIMAT REFRESHER KENDIRI DAN SAJIAN SIHAT KANTIN DAN DAPUR ASRAMA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU PERAK

Kepada, 

PENGETUA/GURU BESAR Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak. 

Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak akan memberi taklimat tersebut pada ketentuan seperti berikut: 


ZON GERIK
 Masa : 8.00 pg - 2.00 ptg 

Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Bangunan Persekutuan, Pej. Kesihatan Daerah Hulu Perak. Sasaran : Guru Kantin, Pengusaha Kantin, Penyelia Asrama, Pengusaha Dapur Asrama(bagi sekolah yang ada asrama)
 
ZON LENGGONG DAN ZON PENGKALAN HULU
Tarikh : 24 April 2012 (Selasa) 
Masa : 8.00 pg - 2.00 ptg 
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Bangunan Persekutuan, Pej. Kesihatan Daerah Hulu Perak. Sasaran : Guru Kantin, Pengusaha Kantin, Penyelia Asrama, Pengusaha Dapur Asrama(bagi sekolah yang ada asrama)

Nota :
Guru Kantin dikehendaki membawa bersama BUKU LAPORAN KENDIRI KANTIN Sekolah yang tiada kantin tidak perlu hadir. 

 Sekian terima kasih.

 Ahmad Fauzi Abidin 
 Penyelia HEM bp: PPD Hulu Perak