Selasa, 10 Julai 2012

PENGHANTARAN BORANG KENDIRI KANTIN DAN DAPUR ASRAMA KEPADA PIHAK KESIHATAN DAERAH HULU PERAK

PERHATIAN DAN TINDAKAN

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak.

Dukacita dimaklumkan bahawa penglibatan pihak sekolah untuk Program Kendiri Kantin Dan Dapur Asrama amat tidak menggalakkan. Taklimat refresher kendiri telah pun diadakan pada 23 & 24 April yang lalu di mana pihak guru dan pihak pengusaha kantin / dapur asrama sekolah telah hadir dan memahami tanggungjawab masing-masing dalam program ini.   

Oleh yang demikian, mohon jasa baik pihak sekolah untuk menghantar rutin bulanan borang kendiri kantin dan dapur asrama kepada pihak Kesihatan Daerah Hulu Perak seperti yang telah dimaklumkan dalam taklimat tersebut di atas.

Berikut dilampirkan ringkasan laporan pelaksanaan program kendiri bagi kantin dan dapur asrama sekolah bagi Daerah Hulu Perak mengikut data yang dikeluarkan oleh pihak kesihatan Daerah Hulu Perak.  

Terima kasih
Unit HEM
PPD Hulu Perak.
BULAN
BIL SEKOLAH TERLIBAT
BIL SEK. MENGHANTAR LAPORAN KENDIRI
%
KANTIN
DAPUR ASRAMA
KANTIN
DAPUR ASRAMA
KANTIN
DAPUR ASRAMA
JAN
69
14
32
4
46.4
28.6
FEB
69
14
35
5
50.7
35.7
MAC
69
14
34
4
49.3
28.6
APR
70
14
33
4
47.1
28.6
MEI
70
14
8
2
11.4
14.3