Khamis, 18 Oktober 2012

KERACUNAN SIFAR

Pengetua/ Guru Besar
Sekolah-Sekolah
Daerah Hulu Perak
 
Untuk makluman tuan, sehingga September 2012, sebanyak 40 episod keracunan makanan telah dilaporkan di seluruh negeri Perak. Daripada kesemua episod keracunan makanan ini, 17 kejadian melibatkan dapur asrama dan 15 kejadian melibatkan orang awam.  
Sehubungan dengan itu, mohon jasabaik semua sekolah di Daerah Hulu Perak meningkatkan pengurusan Kantin dan dapur asrama ke arah sifar keracunan.

BERINGAT SEBELUM KENA.

Rabu, 26 September 2012

LAPORAN PENERIMAAN BUKU TEKS

Pengetua/Guru Besar/Guru SPBT
Daerah Hulu Perak

LAPORAN PENERIMAAN BUKU TEKS

Mohon kerjasama, meneliti penerimaan buku teks yang sedang dalam proses penghantaran oleh pihak pembekal.
Buku yang di terima disemak, menyamai dalam borang pesanan BTBT 460.
Kalau mencukupi, terima dan laporkan penerimaan melalui sistem emateks yang terdapat dalam portal BBT.
Pihak BBT sedang mengesan sekolah-sekolah yang masih belum menerima bekalan melalui emateks.

Oleh itu tolong ingatkan guru SPBT menguruskan hal ini.
Terima kasih.

Unit HEM
PPD Hulu Perak.

Selasa, 7 Ogos 2012

PROSES PERMOHONAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TINGKATAN 6 RENDAH SECARA ATAS TALIAN “ONLINE” TAHUN 2012

Pengetua 
SMK Tun Saban Pengkalan Hulu
SMK Gerik
SMK Dato Ahmad Lgg
SMK Sultan Idris Shah II Gerik

Tuan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid memanjangkan surat makluman Tarikh Semakan Data SMM murid yang layak memohon BKPU dan Proses Key-In permohonan BKPU Tahun 2012. Sila klik url di bawah untuk mendapatkan surat iringan tersebut.
Sekian, terima kasih
Unit HEM
PPD Hulu Perak

Rabu, 1 Ogos 2012

PEMANTAUAN SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN 2012

PERHATIAN DAN TINDAKAN
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR,
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK.


Merujuk portal JPN Perak bertarikh 31 Julai 2012, UNIT PEMBANGUNAN MANUSIA JPN Perak akan melaksanakan pemantauan ke sekolah-sekolah.  Oleh yang demikian Bersama ini disertakan borang pemantauan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) untuk tindakan awal pihak tuan. Mohon kerjasama semua Penolong Kanan HEM meningkatkan pengurusan HEM di sekolah.
 
Sila muat turun borang DI SINI.


Sekian, terima kasih.
Unit Hal Ehwal Murid,
PPD Hulu Perak

Isnin, 30 Julai 2012

APLIKASI ONLINE EMATEKS (SPBT)

PERINGATAN!!!!!!

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak

1.Dimaklumkan bahawa pembekalan buku teks ke sekolah-sekolah bagi buku cetakan semula (BCS) kegunaan tahun 2013 telah bermula.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta memasukkan data penerimaan buku tersebut dengan menggunakan aplikasi emateks v.2 dan kemasukan data-data tersebut hendaklah berterusan sehingga pembekalan selesai diterima sepenuhnya.
2.  Aplikasi ini telah di hyperlink(pautan) dalam portal JPN Perak dibahagian aplikasi online KPM  bagi memudahkan Guru SPBT mengakses aplikasi berkenaan.
3.  Sekiranya terdapat sebarang masalah, boleh mendapatkan panduan manual pengguna emateks melalui web BBT – http://www.moe.gov.my/bbt/ atau hubungi pegawai BBT Pn Azlina bt Adnan-0388844347
Kerjasama tuan/puan dipohon tanpa gagal dan diucapkan jutaan terima kasih.
Unit HEM PPD Hulu Perak

PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS)

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak
Hulu Perak.

PELAKSANAAN RINTIS PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS)
SECARA ONLINE DISEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012 FASA 11

Mohon kerjasama pihak tuan untuk muatturun dan mengambil tindakan selanjutnya mengisi maklumat secara online 
PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH M(PKS) melalui sesawang http://apps.moe.gov.my/spks yang akan bermula pada 1 Ogos 2012 dan berakhir pada 31 Ogos 2012.
Tanpa gagal.

Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan.

Unit HEM PPD Hulu Perak

Isnin, 23 Julai 2012

PENGURUSAN BERAT BADAN MURID SEKOLAH (BMI) DAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN SIHAT DI KANTIN SEKOLAH

UNTUK PERHATIAN
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Tuan,
SURAT SIARAN KPM BILANGAN 23 TAHUN 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid memanjangkan Surat Siaran Kpm Bilangan 23 Tahun 2012  Pengurusan Berat Badan Murid Sekolah (Bmi) Dan Penjualan Makanan Dan Minuman Sihat Di Kantin Sekolah Secara Atas Talian untuk tindakan tuan. Bagi mendapatkan keterangan lanjut, sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Sekian, terima kasih.
Unit HEM
PPD Hulu Perak