Selasa, 17 April 2012

PELAKSANAAN STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) 1:3:7

PENGETUA/GURUBESAR
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak

Dengan hormatnya saya merujuk SURAT PEKELILING IKHTISAS 7 TAHUN 2011 Pelaksanaan Standard Operating Prosedure (SOP) 1:3:7 pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin murid : SPI:KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.4(10) bertarikh 28 Jun 2011.

Sehubungan dengan itu, mohon setiap sekolah mematuhi tahap kesegeraan menyampaikan maklumat dan laporan berkaitan isu pendidikan khususnya yang berkaitan dengan disiplin murid kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menggunakan borang PK04-3.

Kes yang memerlukan kesegeraan :

* Kes berunsur jenayah
* Kelucahan melampau
* Keracunan makanan
* Kemalangan serius
* Bencana
* Buli
* Pergaduhan
* Isu perkauman
* Pendemik(contohnya HINI)
* Histeria
* Atau isu-isu lain yang pada pandangan Pengetua/Guru Besar perlu laporan segera. Laporan PK 04-3 boleh di emel ke hemhuluperak@gmail.com
Maklumat lanjut sila rujuk pekeliling tersebut di atas.

Sekian terima kasih.
Unit HEM.

KEMASKINI DATA SSDM ONLINE SECARA MINGGUAN



PENGETUA/GURUBESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak.

Taklimat SSDM Online telah di jalankan pada 26,27 dan 28 Mac 2012 mengikut zon di daerah Hulu Perak.
Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan/puan untuk mengingatkan Guru Disiplin supaya mengisi data seminggu sekali dan membuat analisa serta tindakan sewajarnya setiap bulan berdasarkan data SSDM - Rujukan Surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KP(BPSH-SPKD)602/09(51) bertarikh 8 Mac 2012.
Sekian terima kasih.

Ahmad Fauzi Bin Abidin
Penyelia HEM