Isnin, 23 Julai 2012

PENGURUSAN BERAT BADAN MURID SEKOLAH (BMI) DAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN SIHAT DI KANTIN SEKOLAH

UNTUK PERHATIAN
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Tuan,
SURAT SIARAN KPM BILANGAN 23 TAHUN 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid memanjangkan Surat Siaran Kpm Bilangan 23 Tahun 2012  Pengurusan Berat Badan Murid Sekolah (Bmi) Dan Penjualan Makanan Dan Minuman Sihat Di Kantin Sekolah Secara Atas Talian untuk tindakan tuan. Bagi mendapatkan keterangan lanjut, sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Sekian, terima kasih.
Unit HEM
PPD Hulu Perak

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan / SJK (C) / SJK (T)
Tuan,
Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk dan surat J.Pel.Pk.HEM(5128)/10/17/(28) bertarikh 28 Jun 2012 adalah berkaitan.
2.         Dimaklumkan, hasil pemantauan sebelum ini oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak di sekolah yang terlibat dengan kes keracunan Program Susu 1 Malaysia dikesan mengandungi Bacillus Cereus Produce Emetic Toxin.
3.         Sehubungan itu, setelah disemak semula bersama pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pelaksanaan Program Susu 1Malaysia Bil. 3/2012 pada 7 Jun 2012 mendapati pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju supaya tindakan berkaitan kes keracunan tersebut akan diambil berdasarkan lokaliti kes keracunan yang berlaku. Berdasarkan keputusan tersebut, hanya batch susu yang terlibat dalam symptom klinikal di sekolah berkenaan sahaja perlu diganti dengan batch susu yang lain tanpa menjejaskan pembekalan susu kepada murid di sekolah lain. (Rujuk surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Rujukan: KP(BPSH-SPKIA)701/015(31) Jld.5, bertarikh 29 Februari 2012). (KLIK DI SINI

https://www.box.com/s/8495bad0017008dd8d1b

 Kerjasama daripada pihak tuan untuk mengambil maklum perkara ini dan keperihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.    
Sekian dimaklumkan.

PENANGGUHAN PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI BULAN RAMADHAN

UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN
Semua Guru Besar
SK/SJKC/SJKT/Daerah Hulu Perak
Tuan,

Sukacita merujuk perkara di atas. Sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelia Kebajikan Unit Hal Ehwal Murid JPN Perak ditalian 05-5015142.
Rujuk surat siaran KPM : KP(BKEW/BT)1910/RMT/A5/Jld.12(48) bertarikh 19 Jun 2012.
sekian,terima kasih.
Yang menurut perintah,
Penyelia Kanan
Unit Hal Ehwal Murid
PPD Hulu  Perak.