Selasa, 17 April 2012

PELAKSANAAN STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) 1:3:7

PENGETUA/GURUBESAR
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak

Dengan hormatnya saya merujuk SURAT PEKELILING IKHTISAS 7 TAHUN 2011 Pelaksanaan Standard Operating Prosedure (SOP) 1:3:7 pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin murid : SPI:KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.4(10) bertarikh 28 Jun 2011.

Sehubungan dengan itu, mohon setiap sekolah mematuhi tahap kesegeraan menyampaikan maklumat dan laporan berkaitan isu pendidikan khususnya yang berkaitan dengan disiplin murid kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menggunakan borang PK04-3.

Kes yang memerlukan kesegeraan :

* Kes berunsur jenayah
* Kelucahan melampau
* Keracunan makanan
* Kemalangan serius
* Bencana
* Buli
* Pergaduhan
* Isu perkauman
* Pendemik(contohnya HINI)
* Histeria
* Atau isu-isu lain yang pada pandangan Pengetua/Guru Besar perlu laporan segera. Laporan PK 04-3 boleh di emel ke hemhuluperak@gmail.com
Maklumat lanjut sila rujuk pekeliling tersebut di atas.

Sekian terima kasih.
Unit HEM.

Tiada ulasan: