Guru Besar
Sekolah Kebangsaan / SJK (C) / SJK (T)
Tuan,
Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk dan surat J.Pel.Pk.HEM(5128)/10/17/(28) bertarikh 28 Jun 2012 adalah berkaitan.
2.
Dimaklumkan, hasil pemantauan sebelum ini oleh pihak Jabatan Kesihatan
Negeri Perak di sekolah yang terlibat dengan kes keracunan Program Susu 1
Malaysia dikesan mengandungi Bacillus Cereus Produce Emetic Toxin.
3.
Sehubungan itu, setelah disemak semula bersama pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia dan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Task
Force Pelaksanaan Program Susu 1Malaysia Bil. 3/2012 pada 7 Jun 2012
mendapati pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju supaya
tindakan berkaitan kes keracunan tersebut akan diambil berdasarkan lokaliti kes keracunan yang berlaku. Berdasarkan keputusan tersebut, hanya batch susu yang terlibat dalam symptom klinikal di sekolah berkenaan sahaja perlu diganti dengan batch susu yang lain tanpa menjejaskan pembekalan susu kepada murid di sekolah lain. (Rujuk
surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Rujukan: KP(BPSH-SPKIA)701/015(31) Jld.5, bertarikh
29 Februari 2012). (KLIK DI SINI
https://www.box.com/s/8495bad0017008dd8d1b
https://www.box.com/s/8495bad0017008dd8d1b
Kerjasama
daripada pihak tuan untuk mengambil maklum perkara ini dan
keperihatinan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dimaklumkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan