Selasa, 22 Mei 2012

PENGURUSAN DISIPLIN

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak

Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat yang perlu ada dalam pengurusan Disiplin di sekolah.  Oleh yang demikian sila muatturun  dan melaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Sila klik URL di bawah ini.

 https://www.box.com/s/1b11fe1c2e9ba3d9595a
Sekian. Terima Kasih.


Unit HEM
PPD Hulu Perak

Jumaat, 11 Mei 2012

INSTRUMEN PEMANTAUAN KENDIRI PENGURUSAN HEM

PENGETUA/GURUBESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak

Mohon kerjasama muatturun borang pemantauan kendiri dan membuat penyemakan perkara perlu ada dalam setiap fail pengurusan HEM.  Sila muatturun URL di bawah ini.
Keprihatinan tuan/puan diucapkan jutaan terima kasih.

https://www.box.com/s/0b65447445627313ab0f

Unit HEM PPD

PEMANTAUAN PENGURUSAN SPBT SMK SULTAN AZLAN SHAH LGG

 PEMANTAUAN PENGURUSAN SPBT
TARIKH  :  9 MEI 2012
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN AZLAN SHAH LENGGONG

PEGAWAI PEMANTAU :

EN. DASUKI B CHE SOH (BBT)
EN. MOHD SAIFUDIN B MAT PIN(BBT)
EN. AHMAD FAUZI ABIDIN(PPD HULU PERAK)

Sekalung tahniah kepada seluruh warga SMK Sultan Azlan Shah Lenggong di atas usaha meningkatkan pengurusan SPBT dan bilik BOSS. 

Makluman kepada Guru-guru SPBT Zon Lenggong sekiranya ada sebarang kemuskilan berhubung dengan pengurusan SPBT boleh berhubung dengan cikgu MUHAMMAD AKIL HUSAINI BIN MOHAMAD untuk mendapat khidmat nasihat kearah pengurusan SPBT cemerlang.  













DATA PONTENG BULANAN DAN SSDM

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Perak

1.  Mohon kerjasama semua sekolah mengemaskini SSDM secara mingguan.
2.  Data ponteng bulanan yang menggunakan Zoho Sheet diisi seperti biasa dan sesalinan hendaklah dihantar ke PPD untuk perhatian PPD HEM En. Mohd Fadzil Bin Ismail selewat-lewatnya pada hari ke 5 awal bulan. Pada 6 haribulan data yang digabung akan dipanjangkan ke JPN Perak.

Sekian terima kasih.
Unit HEM PPD HUP

Rabu, 2 Mei 2012

PROGRAM MAPAN 2012

KEMASKINI DATA SISTEM MAKLUMAT MURID

PENGETUA/GURU BESAR
Sekolah-sekolah Daerah Hulu Perak

Mohon kerjasama mengingatkan guru  SMM supaya mengemaskini data yang akan berakhir pada 31 Jun 2012.  Oleh yang demikian mohon supaya perkara-perkara berikut dibawah diambil perhatian;
1.  Melengkapkan semua ruang yang disediakan dengan maklumat yang tepat.
2.  Enrolmen dalam SMM  menyamai jumlah data Emis
Semoga SMM menjadi sumber rujukan yang tepat dan berkesan.

Sekian terima kasih

 Ahmad Fauzi Abidin
Unit HEM PPD Hulu Perak.